KAMI HEBAT ! !

KAMI HEBAT ! !

We Are Genius Generation

We Are Genius Generation

We Blog Our Way ! !

We Blog Our Way ! !

Friday 23 November 2012

Sana Sini Raya !

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sebab masih lagi terus follow blog kami yang serba kekurangan ini. Actually, minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak post kat blog ni. kami semua terlalu busy lah dengan kelas, sekolah (utk bdk MJ lah), kuliah dan macam-macam lagi. By the way, pada hari raya yang lepas kami telah menjalankan satu misi ziarah menziarah rumah guru-guru kami. Perjalanan tu bermula daripada jam 9 pagi hgga 9 malam. hahaha ! lama kan? Kami ziarah dengan menaiki 3 buah kereta dan 2 buah motosikal. Tempat pertama yang kami pergi adalah rumah Cikgu Mai, bekas guru kelas kami. Kat sana kami di hidangkan dengan hidangan yang sungguh menyelerakan. Actually, ramai gak yang tambah 2 kali. Sedap! Alhamdulillah. Terima kasih Cikgu Mai!! Tahun depan kami datang lagi. Insya ALLAH kalau masih di izinkan ALLAH. :)
After that, kami bincang punya bincang nak pergi rumah siapa pula lepas ni. Dan akhirnya persetujuan pun dibuat dan kami pun terus bergerak pergi ke rumah Ustaz Zakaria.
Borak punya borak, selepas itu kami terus bergerak ke rumah Cikgu Rashid. Waktu tu hujan renyai-renyai. Tapi hujan tu tak menghalang niat kami untuk ziarah cikgu-cikgu kami. (sweet kan?hehe)
Sesi penggambaran di hadapan rumah Cikgu Rashid. (Berdiri dari kiri: Nik Syazwani Nik Hamzi, Fatin NurHaziqah, Nur Najihah, Izzah Hazirah, Fatimah Azzahara, Nor Amalina, Umi Naqiyah, Siti Nurmaisarah, Nurul Fatihah, Cikgu Rashid dan anaknya, Nasiruddin, Uzair Tajuddin, Muhammad Aqid, Muhd Hasyim dan Imran Jabar.
Kami yang ber'posing'.. :D
Kuih raya Cikgu Rashid. :) Lepas tu, kami gerak lagi menuju ke rumah Cikgu Razi dan Cikgu Raha pula. Otw tu, Mekna boleh pula sesat. Kami (aku,teha,azza,imran dan haziqah) pusing-pusing cari Mekna n the geng. HuHU ~ at last tu kami smpai dlu lepas tu Imran yang pergi cari dyorg. Sampai-sampai je nampak Cikgu Raha tengah sapu laman rumah dia. Kami di jemput masuk sementara Cikgu Raha pergi masak jap. Dah siap semua, Cikgu Razi minta kami bermarhaban. Aqid yang conduct.
Lepas tu, kami singgah rumah Imran. Tumpang solat Asar, makan sate bagai. Lepastu kami gerak lagi pergi rumah Abu Hanifah, tumpang sembahyang Maghrib. ekeke ~ Tapi kami sempat lagi makan dan minum walaupun perut sudah kembung kekenyangan. muahaha ! Sebelum balik, kami sempat bergambar dengan mak abu..
Last sekali, kami ziarah rumah Azza. Waktu tu dah masuk waktu isyak pun. Tumpang solat sekali la kat situ. ekeke ~ Lepas tu kami di hidangkan dengan mee goreng. Makan lagi! Muahahaha ~ tengah gelak-gelak sempat lagi kami ber'posing' tau...
Sekian sahaja cerita kami pada hari ini. Insya ALLAH dalam post yang akan datang, kami akan cerita pasal kehidupan kami selama setahun kami bergelar pelajar universiti, politeknik, kolej dan Maahad Johor.

No comments:

Post a Comment